Jenis Wau

Wau Bulan 
Wau yang paling popular. Badan berbentuk seakan-akan bulat, manakala ekor pula berbentuk bulan sabit. Terdapat bentuk bulat(bulan penuh) di bahagian pinggang wau. Sangat popular di Kelantan.

Wau Kucing
Wau yang disukai bentuknya. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur, ekor pula berbentuk ekor ikan. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping.

 
Wau Jala Budi
Wau ini menggambarkan seekor ikan di mana ekornya adalah seperti ekor seekor ikan. Oleh sebab itu ianya dikaitkan dengan nama jala.

 
Wau Merak
Perbezaan hanya pada ekor iaitu kembang seperti ekor burung merak.
Wau Barat 
Seiras wau bulan. Perbezaan ialah badan dan sayap lebih bujur. Kebiasaannya ekor wau lebih kecil dan leper berbanding wau bulan.


No comments:

Post a Comment