Pengenalan


          Wau adalah sejenis layang-layang tradisional yang sangat popular di pantai timur Malaysia, terutamanya negeri Kelantan. Wau juga masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Terengganu, Kedah dan Perlis.Wau juga dikenali sebagai layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Walau bagaimanapun, wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelatan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
         
          Ianya dipanggil wau kerana bentuknya seakan-akan huruf ‘wau’ Jawi. Wau yang direka dengan pelbagai reka bentuk, serta warna dan corak yang cerah, bermotifkan tumbuhan dan haiwan sememangnya indah dan menawan hati.
          
          Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan  seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
          
          Permainan wau surut dipertandingkan. Terdapat pertandingan untuk memilih wau yang naik tinggi, kemahiran menaikkan wau, wau yang mengeluarkan bunyi yang merdu, wau yang mempunyai warna yang menarik, wau yang mempunyai lukisan yang cantik dan wau yang naik tagak(tidak berputar dituip angin)   

No comments:

Post a Comment